Yayasan Mu'min Malaysia

Istiqamah Menyantuni Insan Yang Memerlukan

Pada tahun 2019, usaha kebajikan semakin berkembang dengan penubuhan Ya’Mumin Malaysia. Melaluinya, lebih banyak program kebajikan dan aktiviti amal dapat dijalankan. Lebih banyak kumpulan sasar yang memerlukan dapat dibantu. Gabungan pengalaman pekerjaan pemegang-pemegang amanah di dalam pelbagai sektor profesional telah banyak membantu melicinkan urusan program dan aktiviti yayasan.