Yayasan Mu'min Malaysia

WAKIL YAMUMIN

Wakil YaMumin adalah duta kepada Yayasan Mu’min Malaysia. Wakil YaMumin akan mempromosi YaMumin kepada masyarakat. Wakil YaMumin berfungsi untuk membantu mengisi tabung dana kebajikan YaMumin dan membantu menjayakan program-program kebajikan YaMumin. Wakil YaMumin akan menerima ganjaran mengikut pakej & program kebajikan yang dijalankan.

YAMUMIN PA TAKAFUL

Kemalangan adalah tidak dijangka dan boleh berlaku bila-bila masa. Anda memerlukan pelan Takaful Kemalangan Diri Kasih Rakyat yang menyediakan perlindungan seluruh dunia dengan bayaran dikenakan hanya 14 sen sehari. Ia adalah perlindungan penting dengan kos mampu bagi semua orang. Lindungi nafkah keluarga anda hari ini.

YAMUMIN MALL

“Mencari yang halal itu wajib”
Di dalam kehidupan seharian kita, kita dihidangkan pelbagai jenis makanan, minuman dan barang gunaan dimana menuntut kita berwaspada dan berhati-hati dalam mengguna barangan tersebut kerana masalah halal dan selamat. Justeru itu, kewajiban menggunakan makanan dan barangan halal lagi baik amat penting dalam kehidupan kita seharian. Kewujudan YaMumin Mall dapat membantu memenuhi keperluan umat Islam di Malaysia.