Yayasan Mu'min Malaysia

RAYUAN SUMBANGAN KHAIRAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Yayasan Mu’min Malaysia sedang berusaha mengumpul dana melalui kempen Rayuan Sumbangan Khairat untuk membantu kumpulan sasar & golongan asnaf yang ditimpa musibah kematian atau kemalangan. 

Akibat kehilangan ketua keluarga dan sumber pendapatan mengakibatkan kesusahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Tanpa simpanan yang cukup menambahkan lagi beban kepada isteri dan anak anak. Amat kasihan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak anak yang masih kecil.

Sumbangan khairat ini akan diberi untuk bantuan kecemasan seperti :-

  • Sebarang Kematian;
  •  Kecederaan – Kemalangan
  • Hilang Upaya – Kemalangan
  • Kos Pengkebumian

Jom rebut peluang terbaik ini. Bukan jumlah yang dikira, tetapi kesudian anda untuk menyumbang itu dipandang tinggi di sisi Allah.

Sedikit Dari Anda, Tetapi Sangat Bermakna Untuk Kami’

Pengerusi

Yayasan Mu’min Malaysia

SUMBANGAN PROGRAM JUADAH BERBUKA RAMADHAN KAREEM 2021 / 1442H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Yayasan Mu’min Malaysia sedang berusaha mengumpul dana untuk ‘Program Juadah Berbuka Ramadhan Kareem 2021/1442H’ untuk membantu kumpulan sasar & golongan asnaf yang kurang kemampuan. 

BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN
Dari Anas  R.A., sahabat bertanya,
Wahai Rasullulah, sedekah apa yang paling utama?”
Rasullulah Sallallahu’Alaihi Wa Sallam menjawab,
Sedekah di bulan Ramadhan.”
(HR.Tirmidzi)

Jom rebut peluang terbaik ini. Bukan jumlah yang dikira, tetapi kesudian anda untuk menyumbang itu dipandang tinggi di sisi Allah.

Sedikit Dari Anda, Tetapi Sangat Bermakna Untuk Kami’

Pengerusi

Yayasan Mu’min Malaysia