@shahril_mohd MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH PONDOK UMUMI AL KHAIRRIYYAH ALHASHIMIYYAH PARIT ABAS KUALA KURAU #emcee #kerian #perak
♬ Rockin - Chris Alan Lee
AKADEMI PENGAJIAN PONDOK UMUMI, TAHFIZ AL QURAN DAN BALAI ISLAM AL KHAIRIYYAH AL HASHIMIYYAH
Menjadi Pusat Tahfiz Al Quran Pertama Di Malaysia Yang Memberi Pendedahan Kepada Pelbagai Ilmu Seperti Kemahiran Industri, Sains, Perniagaan, Komputer & Bahasa;
Melahirkan Pelajar yang Mahir Membaca Al Quran Dengan Cara Yang Terbaik Dan Tersusun Seterusnya Dapat Menghafal Serta memahami Makna Keseluruhan Al Quran;
Menyemaikan Minat Mempelajari, Memahami, Mengamal Segala Perintah‐Perintah Allah SWT Berdasarkan Kitab Al Quran Dan As‐Sunnah Rasullulah SAW Dan Menyampaikan Kepada Masyarakat;
Melahirkan Pelajar Yang Berakhlak Mulia Yang Berpandukan Kepada Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Berlandaskan Al Quran & Sunnah Rasullulah SAW Serta Mendidik Dan Membimbing Mereka Supaya Menjadi Insan Yang Benar Benar Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT;
Melahirkan Generasi Muda Yang Dapat Menghayati Ajaran Islam Dalam Kehidupan Mereka Serta Menimbulkan Kesedaran Dan Keyakinan Kepada Diri Pelajar Dengan Amalan Yang Dapat Membawa Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat;
Melatih Pelajar Supaya Berbakti Kepada Agama, Ibu Bapa, Madrasah Dan Masyarakat Apabila Berjaya Menamatkan Pengajian Kelak;
Pengajian Umumi Merupakan Pengajian Sebenar Bagi Cara Tradisional Pondok. Ianya Merupakan Kelas Terbuka Dan Dibenarkan Kepada Semua Pelajar Mengikutinya. Di Samping Pelajar, Masyarakat Luar Juga Datang Untuk Menimba Pelajaran Samada Mereka Yang Tinggal Dekat Atau Berjauhan Dengan Pondok;
BIL | PERBELANJAAN | JUMLAH |
---|---|---|
1 | Cadangan Membina 500 Buah Pondok Moden @ RM45,000.00 Sebuah Untuk Akademi Pengajian Umumi. (1 Bilik, Ruang Tamu, Bilik Air, & Dapur) | RM22,500,000.00 |
2 | Cadangan Membina Komplek Dewan Kuliah, Bangunan Asrama Serta Kelengkapan Untuk 2,500 Orang Pelajar Tahfiz Cadangan Membina Dewan Solat, Dewan Utama, Pejabat Pentadbiran, Dewan Makan, Cafeteria, Mini Stadium, Pusat Riadah, Gazebo, Parkir Bertingkat & Dobi Layan Diri Pembelian Pengangkutan – Bas & Van | RM97,500,000.00 |
JUMLAH KOS PEMBANGUNAN & KELENGKAPAN | RM120,000,000.00 |