Yayasan Mu'min Malaysia

Yayasan Mu’min Malaysia (YaMumin) Nombor Pendaftaran PPAB 20/2019 telah didaftarkan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

YaMumin telah diperbadankan mengikut Peruntukan Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan 1952) dan telah menjadi sebuah Pertubuhan Bebas yang sah mengikut perlembagaan dan perundangan negara selama mana pemegang amanah tersebut mematuhi semua peruntukan akta bersekali dengan pindaannya dari semasa ke semasa.

Sejak tahun 2014 lagi, pengasas & pemegang amanah telah menjalankan program kebajikan secara sambilan dengan membantu kumpulan sasar yang memerlukan bantuan samada dalam bentuk kewangan, perubatan, makanan dan peluang pekerjaan bersama sama dengan sahabat dan rakan niaga.

Pada tahun 2019, tercetusnya idea untuk menubuhkan sebuah yayasan kami sendiri bagi membolehkan kami bergerak secara lebih serius. Hasrat pengasas & pemegang amanah untuk menubuhkan YaMumin ialah semata-mata untuk menjalankan kerja amal dalam membantu memenuhi keperluan asas kumpulan sasar yang memerlukan.

Gabungan latar belakang pekerjaan & kepakaran pengasas serta pemegang amanah YaMumin dalam pelbagai sektor seperti pensyarah, ahli perniagaan, pakar motivasi, pakar ekonomi & pakar undang-undang syariah menjadikan YaMumin lebih profesional & berdaya maju dalam menentukan halatuju YaMumin.

VISI

Mengambil berat kebajikan umat Islam yang memerlukan bantuan. Menyediakan khidmat nasihat dan peluang perniagaan. Menjadi pemangkin kepada penyatuan ummah dengan menyatukan kuasa membeli bawah satu bumbung.

MISI

Menjadi salah sebuah yayasan di Malaysia yang bertindak menghubungkan masyarakat, badan korporat dan organisasi kebajikan dalam usaha mengatasi kemisikinan.

MATLAMAT PENUBUHAN

KEMANUSIAAN

Membantu kumpulan sasar yang memerlukan bantuan seperti anak yatim, pelajar miskin, ibu tunggal, warga emas, pesakit kronik, orang gelandangan, mangsa kemalangandan bencana alam. Bantuan adalah terdiri dari keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian, basikal, kerusi roda, katil, kelengkapan persekolahan, selimut & alas tempat tidur (bedding).

KEAGAMAAN

Membantu memperkasa pendidikan keagamaan, pemantapan pemikiran Islam serta pembangunan kerohanian melalui seminar dan kursus percuma yang dianjurkan oleh pihak yayasan.

KESIHATAN

Membantu memperkasa pendidikan keagamaan, pemantapan pemikiran Islam serta pembangunan kerohanian melalui seminar dan kursus percuma yang dianjurkan oleh pihak yayasan.Membantu meningkatkan penjagaan kesihatan kumpulan sasar seperti anak yatim, pelajar miskin, ibu tunggal, warga emas, pesakit kronik, orang gelandangan melalui kempen kesedaran dan pemeriksaan kesihatan yang dianjurkan oleh pihak yayasan dengan kerjasama klinik kesihatan kerajaan dan pihak hospital swasta.

EKONOMI

Membantu peniaga kecil meningkatkan jualan produk mereka dengan menjual secara atas talian di platform pasaraya maya seperti di platform YaMumin sendiri iaitu YaMumin Mall dan di platform pasaran antarabangsa. Kursus-kursus PERCUMA akan dianjurkan oleh pihak YaMumin dalam usaha membantu kumpulan sasar yang berminat.

DANA KEBAJIKAN YAMUMIN

“Usaha dan inisiatif murni ini adalah atas kesedaran dan keprihatinan ahli pemegang amanah YaMumin dan juga kerjasama dari penyumbang yang terdiri daripada orang perseorangan, agensi kerajaan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia dan juga antarabangsa”

DEFINISI

Sumbangan Tunai

Sumbangan Tunai adalah untuk kegunaan umum (bukan kebendaan) seperti membantu anak yatim, ibu tunggal, warga emas, pusat pemulihan wanita, pesakit kronik, pendakwah, orang gelandangan, kemalangan atau bencana dan orang yang berhutang. Semua bantuan akan disampaikan samada melalui permohonan dari orang perseorangan, sesebuah badan kebajikan atau syarikat atau projek kebajikan yang dianjurkan sendiri oleh YaMumin.

Sumbangan Khusus

Sumbangan Khusus pula adalah untuk bantuan khusus (kebendaan) seperti pembinaan masjid atau surau, maahad tahfiz, rumah kebajikan atau sebarang projek untuk faedah umat Islam yang dipohon oleh sesebuah badan kebajikan, persatuan atau sesiapa sahaja yang tinggal di Malaysia atau program yang dianjurkan sendiri oleh YaMumin.